Ini adalah kerana pilihan zeolite yang kurang bermutu akan menyebabkan kerugian dan kesan sampingan yang kurang baik terhadap penggunaannya.
Perlu diingat bahawa zeolite mempunyai kualiti yang berbeza mengikut kawasan di mana ia diperolehi. Setiap kualiti zeolite akan berbeza bergantung kepada kawasan dan bentuk mukabumi yang diperolehi, cara perlombongan dan kawalan proses pengilangan.
Sebagai pengguna BIJAK, jangan hanya mementingkan harga sahaja tetapi UTAMAKAN mutu agar mendapat kesan optimum untuk jangka pendek dan jangka panjang serta penjimatan yang ketara.
Di sini, kami mengambil inisiatif untuk cuba membantu pengguna menilai sendiri mutu zeolite di pasaran secara kasar agar dapat memilih produk yang betul.
Elemen-Elemen Penting Untuk Menentukan Zeolite Bermutu.
1. SiO2 (Silicone Oxide) dan AL2O3 (Aluminium Trioxide)
Dua elemen ini amat penting kerana ia merangkumi sebahagian besar komponen di dalam zeolite. Elemen-elemen inilah yang membentuk 'honeycomb structure' yang membuatkan zeolite mempunyai keupayaan memegang nutrisi dan air yang tinggi dan seterusnya berupaya meningkatkan kesuburan tanah. Semakin tinggi kandungan (peratusan) elemen-elemen ini, semakin bermutu kualiti zeolite.
KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai peratusan SiO2 dan Al2O3 PALING TINGGI.
2. Na2O (Sodium Oxide)
Sodium Oxide merupakan sejenis garam yang terkandung di dalam komponen zeolite. Kandungan tinggi sodium akan mengakibatkan kehilangan air lebih cepat dan akan memberi kesan yang besar kepada tumbuhan dan ternakan.
KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai peratusan NA2O yang PALING RENDAH
3. Ujian Kekeruhan (Turbidity) dan Warna
Semasa pembentukan zeolite, proses perlombongan dan kawalan produksi kilang, bendasing akan terlibat. Bendasing tersebut termasuklah kandungan tanah liat, kapur dan lain-lain. Peratusan tinggi bendasing akan merangkumi sebahagian produk zeolite dan akan mengurangan zeolite tulen dalam produk itu sendiri.
Bendasing tersebut tidak akan memberi kesan kepada penggunaan untuk tumbuhan, ternakan kolam atau haiwan malah ada sesetengahnya boleh memudaratkan. Pengguna-pengguna juga akan membayar sesuatu yang tidak perlu dan tidak mendatangkan manafaat dan dianggap membazirkan wang.
Ujian kekeruhan (turbidity) dan warna boleh dilakukan sendiri secara ringkas iaitu dengan mencampurkan kuantiti tertentu ke dalam air.
CONTOH:
Ambil 50 gram zeolite dan campurkan ke dalam 500 ml air dan lihat kekeruhan (turbidity) SERTA warna air. Semakin keruh air bermakna semakin banyak tanah liat atau bendasing yang terdapat di dalam produk tersebut. Zeolite asli berwarna hijau terang dan campuran air hendaklah berwarna hijau terang. Terdapat di pasaran berbagai-bagai warna dari keputihan, kehitaman dan hijau pekat. HATI-HATI terhadap produk seperti ini kerana kemungkinan bendasing yang terdapat dalam produk tersebut amat tinggi!
Sila perhatikan gambar untuk rujukan.


KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai kekeruhan PALING RENDAH DAN BERWARNA HIJAU TERANG
Panduan-panduan di atas di harap sedikit sebanyak dapat membantu pengguna-pengguna dalam menentukan mutu produk zeolite yang terdapat di
pasaran.
PERLU DI INGAT UJIAN ANALISA KIMIA MAKMAL ADALAH UJIAN PALING TEPAT UNTUK MENENTUKAN MUTU DAN KETULENAN SATU-SATU PRODUK.
No comments:
Post a Comment