Monday, September 14, 2009

Panduan menentukan mutu dan ketulenan zeolite

Sebagaimana yang kita ketahui terdapat berbagai-bagai Jenama dan Harga produk zeolite di pasaran. Sebagai pengguna, perlu diketahui bahawa pemilihan zeolite yang bermutu dan berketulenan tinggi adalah AMAT penting dalam menjamin keberkesanan untuk aplikasi samada untuk tumbuhan (agriculture), rawatan air (aquaculture) dan juga ternakan (feedmill).

Ini adalah kerana pilihan zeolite yang kurang bermutu akan menyebabkan kerugian dan kesan sampingan yang kurang baik terhadap penggunaannya.

Perlu diingat bahawa zeolite mempunyai kualiti yang berbeza mengikut kawasan di mana ia diperolehi. Setiap kualiti zeolite akan berbeza bergantung kepada kawasan dan bentuk mukabumi yang diperolehi, cara perlombongan dan kawalan proses pengilangan.

Sebagai pengguna BIJAK, jangan hanya mementingkan harga sahaja tetapi UTAMAKAN mutu agar mendapat kesan optimum untuk jangka pendek dan jangka panjang serta penjimatan yang ketara.

Di sini, kami mengambil inisiatif untuk cuba membantu pengguna menilai sendiri mutu zeolite di pasaran secara kasar agar dapat memilih produk yang betul.

Elemen-Elemen Penting Untuk Menentukan Zeolite Bermutu.

1. SiO2 (Silicone Oxide) dan AL2O3 (Aluminium Trioxide)

Dua elemen ini amat penting kerana ia merangkumi sebahagian besar komponen di dalam zeolite. Elemen-elemen inilah yang membentuk 'honeycomb structure' yang membuatkan zeolite mempunyai keupayaan memegang nutrisi dan air yang tinggi dan seterusnya berupaya meningkatkan kesuburan tanah. Semakin tinggi kandungan (peratusan) elemen-elemen ini, semakin bermutu kualiti zeolite.

KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai peratusan SiO2 dan Al2O3 PALING TINGGI.

2. Na2O (Sodium Oxide)

Sodium Oxide merupakan sejenis garam yang terkandung di dalam komponen zeolite. Kandungan tinggi sodium akan mengakibatkan kehilangan air lebih cepat dan akan memberi kesan yang besar kepada tumbuhan dan ternakan.

KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai peratusan NA2O yang PALING RENDAH

3. Ujian Kekeruhan (Turbidity) dan Warna

Semasa pembentukan zeolite, proses perlombongan dan kawalan produksi kilang, bendasing akan terlibat. Bendasing tersebut termasuklah kandungan tanah liat, kapur dan lain-lain. Peratusan tinggi bendasing akan merangkumi sebahagian produk zeolite dan akan mengurangan zeolite tulen dalam produk itu sendiri.

Bendasing tersebut tidak akan memberi kesan kepada penggunaan untuk tumbuhan, ternakan kolam atau haiwan malah ada sesetengahnya boleh memudaratkan. Pengguna-pengguna juga akan membayar sesuatu yang tidak perlu dan tidak mendatangkan manafaat dan dianggap membazirkan wang.

Ujian kekeruhan (turbidity) dan warna boleh dilakukan sendiri secara ringkas iaitu dengan mencampurkan kuantiti tertentu ke dalam air.

CONTOH:

Ambil 50 gram zeolite dan campurkan ke dalam 500 ml air dan lihat kekeruhan (turbidity) SERTA warna air. Semakin keruh air bermakna semakin banyak tanah liat atau bendasing yang terdapat di dalam produk tersebut. Zeolite asli berwarna hijau terang dan campuran air hendaklah berwarna hijau terang. Terdapat di pasaran berbagai-bagai warna dari keputihan, kehitaman dan hijau pekat. HATI-HATI terhadap produk seperti ini kerana kemungkinan bendasing yang terdapat dalam produk tersebut amat tinggi!

Sila perhatikan gambar untuk rujukan.



KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai kekeruhan PALING RENDAH DAN BERWARNA HIJAU TERANG


Panduan-panduan di atas di harap sedikit sebanyak dapat membantu pengguna-pengguna dalam menentukan mutu produk zeolite yang terdapat di
pasaran.

PERLU DI INGAT UJIAN ANALISA KIMIA MAKMAL ADALAH UJIAN PALING TEPAT UNTUK MENENTUKAN MUTU DAN KETULENAN SATU-SATU PRODUK.

Wednesday, September 9, 2009

Sambungan HPPNK di Melaka

Selamat bertemu kembali....maaf laaa lama tak update...bzzz sikit.. Ok..nak sambung criter sekitar Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan di MITC Melaka.
Alhamdulillah...booth Jelapang mendapat sambutan para pengunjung....dan yang pentingnya...SETELAH SEBULAN BERLALU..Jelapang banyak menerima panggilan serta e-mail daripada para peladang yang telah membeli baja drp Jelapang semasa ekspo di MITC. Jelapang amat bersyukur kerana mendapat MAKLUM BALAS POSITIF drp para peladang yang telah mencuba produk Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori.

Hasil maklum balas dari para peladang juga...maka Insyaallah selepas kita menyambut Aidil Fitri nanti, Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori akan berada di Melaka. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Berbalik kepada sekitar HPPNK hari tuuu....Jelapang juga amat terharu dan bersyukur atas kunjungan TYT Negeri Melaka ke booth Jelapang.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih drp Jelapang khusus buat TYT dan rombongan. Kunjungan tersebut amat bermakna dan bersejarah buat Jelapang....

Kita layannnnnnnnn.....
Jiran-jiran Jelapang yang menggamatkan suasana...jadi tak laaa boring

dekebun...haiii kecoh suasana...tapi meriah...

cik adik manis dr MUNAJAT technology Industries
nubian's goat farm...ada awek cuunnnn...comel betullll...tak tipu....
adik ukarugroup...haiiii gamattt!!!
sesak dengan pengunjung....hehe teringat lorong sempit/senerieh kat alor setar dulu-dulu...lorong antara depan bgunan Dewan Dato Syed Omar nak ke stesen bas lama...nostalgia lama....

Layan pelanggan tuuu.....hai dah letih keer....??

KUNJUNGAN TYT NEGERI MELAKA DAN ROMBONGAN

Penerangan produk oleh Pengurus Pemasaran jelapang
pilih Tan Sri mana yang berkenan....
batuan utk akuarium ikan jadi pilihan...terima lah sebagai cenderahati...ikhlas dr Jelapang....

Demikianlah serba ringkas liputan sepanjang berlangsungnya HPPNK 2009. Jumpa lagi...

Wednesday, August 12, 2009

Tips untuk penanam padi...lumayannnn

Salam sejahtera semua...
Kali nie Jelapang nak bagi tips istimewa khusus buat penanam padi...pesawah laaaa..
Kalau dulu Jelapang bagi tips untuk pekebun kelapa sawit....tapi baru-baru nie Jelapang dapat petua daripada seseorang yang berpengalaman dalam bidang penanaman padi dan yang pentingnyaaa....MENGGUNAKAN BAJA GUNUNG BERAPI BAKAM SUCI ORI..Alhamdulillah...hasil daripada 4 ekar sawah yang diusahakan, beliau memperoleh lebih kurang 12.8 tan dengan menggunakan baja subsidi dan juga baja Bakam Suci Ori...
Jangan membazir...baja subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan...gunakan lah sebaiknya...dan baja Bakam Suci Ori ini adalah sebagai baja tambahan. Kita lihat hasil dan kos yang dikeluarkan oleh beliau....
Hasil
- penggunaan baja subsidi sahaja bagi 4 ekar ialah 8 tan(mengikut rekod musim padi sebelumnya)
- penggunaan baja subsidi dan baja Bakam Suci Ori bagi 4 ekar ialah 12.8 tan
Jadi berlaku pertambahan sebanyak 4.8 tan(setelah menggunakan baja Bakam Suci Ori)

Kos bagi penggunaan baja Bakam Suci Ori
-1 ekar memerlukan 8 bag(200kg) iaitu untuk dua kali tabur(4 bag bagi sekali tabur untuk 1 ekar)
-8 ekar bersamaan dengan 32 bag/kampit
-harga bagi satu bag/kampit purata RM 40.00
-harga keseluruhan bagi 32 bag/kampit ialah RM 1280.00

PENDAPATAN TAMBAHAN
-bagi penggunaan baja subsidi sahaja untuk 4 ekar ialah 8 tan
-dengan penggunaan baja subsidi dan baja Bakam Suci Ori, hasilnya ialah 12.8 tan untuk 4 ekar
JADI...pertambahan hasil ialah sebanyak 4.8 tan
-pendapatan kasar bagi pertambahan hasil sekiranya harga padi sebanyak RM1300 setan ialah RM6240(RM1300x4.8)

-pendapatan tambahan bersih iaitu ditolak dengan kos baja, maka beliau mendapat RM 4960 (RM6240-RM1280).....iaitu tambahan hasil dari penggunaan baja Bakam Suci Ori

Cara pembajaan
pameran oleh Negeri Kedah di HPPNK 2009

Berbalik kepada cara pembajaan iaitu sebanyak 2 kali bagi satu musim...
Pembajaan kali pertama ialah sewaktu membajak tanah...iaitu setelah dibajak kasar, baja Bakam Suci Ori ditabur dan kemudiannya dibajak dengan bajak halus. Tujuannya agar baja tersebut menyerap dan sebati dengan tanah dan seterusnya menyuburkan tanah... TETAPI ada kebimbangan di kalangan petani iaitu...baja tersebut akan keluar bersama air apabila proses pengeringan untuk tujuan tabur benih padi....SEBENARNYA...ini tak jadi masalah....baja tuuu dah menyerap pada tanah dan jika ada yang larut dalam air pun hanya sedikit sahaja...oleh itu...untuk memuaskan hati pengguna maka....cara berikut juga boleh digunakan iaitu...setelah dikeringkan air...terus tabur baja Bakam Suci Ori pada tanah sawah tersebut....
Pembajaan kali keduaialah ketika berumur 30 hingga 40 hari.....
tips ini bertujuan untuk penjimatan.....

Sekian dulu...jumpa lagi...

Tuesday, August 11, 2009

HPPNK 2009 di MITC, Melaka

Salam sejahtera...
Jelapang agak bzzz kebelakangan ini. Maklumlah dapat peluang sertai ekspo sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2009 di MITC, Melaka dari 10 hingga 16 Ogos 2009. Terima kasih tak terhingga Jelapang ucapkan terutama kepada Alpha Megah (Tuan Haji Omar) atas kesudian berkongsi booth dengan beliau. Begitu juga beberapa rakan penternak kepada Permatang Agro Farm iaitu Cik Mimiey(msglobalfarm) dan En Khairol(Azam Best Farm) yang banyak membantu Jelapang menyertai ekspo ini. Tak lupa juga penghargaan kepada jiran-jiran booth yang memeriahkan suasana....terima kasih diucapkan kepada En. Shukor(Dusun Agro)...hmmmm peramah n ceria orangnye...jiran2 dari booth De Kebun, Ukarugroup n Farm Best.

Alhamdulillah...sambutan terhadap produk edaran Jelapang mendapat sambutan daripada pengunjung...walaupun baru hari pertama pameran bermula. Diharapkan keadaan ini akan berterusan dan jumlah pengunjung meningkat. So...kita layannn.....
hai buat aper tu cik mimiey haiii tak kan pandang jeee...tolong laaa cik mimiey tuuu
final touch up..
sokongan moral rakan pengedar dari sg. pancing, kuantan

didatangkan khas dr sg. pancing..untuk lihat perbezaan penggunaan zeolite Bakam Suci Ori dgn yang tidak menggunakan..
ruang keseluruhan...

Sambil tuuu...bak kata perpatah...sambil menyelam minum air....so...ambil laaa kesempatan melawat pameran yang ada sempena HPPNK tersebut....hmmm menarik...jom layannn...

hmmmm negeri permatang agro..
lalalalala...negri kedah...negri ku...teringat lagu hijau kuning..hehe

Di samping tuuu...tak boleh tinggal nyerrr....lawat pamerannn kambinggggg...jom...
red kalahari...tuan yang empunyaaaa???....nie kat bawah nieee(tengah)...yang handsome tuu laaa

Damara milik Alpha Megah
Setakat nie dulu liputan dari MITC...lepas niee nak bagi tips tentang penanaman padi untuk kebaikan bersama...so....tungguuuu.......

Saturday, August 1, 2009

Jelapang berkembang lagii.....syukurrr

Salam semua....
Syukur Alhamdulillah....seperti cerita episod balik kg yang lepas... maka hari nie tanggal 2 ogos 2009 maka sebyk 5 tan selamat dihantar ke chenor, temerloh. Jelapang ingin mengucapkan tahniah yang tak terhingga kepada ustazah n wok sekeluarga dan tak lupa jg pada cik na di pejing, chenor atas usaha gigih mempromosi.

Kegigihan dan keyakinan mereka atas produk Bakam Suci Ori ini amat dihargai.. apa tak nyeee.....walau produk sebenar masih lagi belum sampai ke sana...tetapi mereka telah berjaya mendapat tempahan hampir 2 setengah tan....syukur alhamdulillah.

Nampak gayanyee lepas nie sibok laaaa dia org menghantar tempahan tuuuu.Emmm...hantar...jangn tak hantar...setiap oder mesti dipenuhi..itu etika business...

hehe...dpat bayangkan rioh kecoh mulut cik na....apa pun...teruskan usaha...insyaallah setiap usaha yang dibuat pasti ada ganjarannya...cuma cepat atau lambat jerrr...

hai tak sabar rasanyerr nak balik pejing lagiii...sekarang kat kedah pun tak senang duduk....

emmmm...semalam (1/8/09) jumpa rakan pengedar di jitra, kedah...tanya khabar dan perkembangan jualan...alhamdulillah...semua ok...

ohhh yeaa...dah lama tak up date tentang produk...nanti masa terluang sikit...kena consentrate..tak boleh cilok2....so, tungguuuuuu....

Monday, July 20, 2009

Rezeki balik kampung....

Salam semua...agak lama jelapang tak update ruangan nie...Baiklah...kali nie nak cerita tentang rezeki tak diduga masa pengurus jualan jelapang balik kampung angkat sabtu minggu lepas(18 julai 09).
Mulanye tak rancang nak balik coz banyak benda nak buat sebagai persiapan menyertai ekspo kat melaka on 6 hingga 16 Ogos..tetapi tiba2 satu malam..terima panggilan dari keluarga angkat kat temerloh suruh balik makan buah2an yang sedang pesat berbuah...fikir punya fikir...ambil keputusan balik coz masa arwah mak angkat meninggal(dalam 100 hari lepas)..tak dapat balik sbb ada urusan yang sedang diselesaikan...jadi pagi2 sabtu bertolak balik dan ajak rakan2 n family dia org ikut balik tengok kampung...sampai jeeee...selonggok buah rambutan n durian menjadi santapan kami...dah tuuu pegi umah sedara berdekatan sebab dia buat kenduri doa selamat...wow...menunyeee ikan patin masak tempoyak....apa laagiiii...huh tak terkata....
Selepas makan..rehat...sambil tuuu bercerita tentang produk sabun n baja kepada keluarga angkat...tunjuk dengan bukti2 hasil penggunaan baja gunung berapi nie...yang dengar tuuu termasuklah kawan yang ikut balik...so, masa dia nak balik ke KL...diambilnya 5 kilo baja....Alhamdulillah..rezeki...
Dah hantar dia org balik...terus gi taburkan baja yang dibawa ke pokok2 sekitar rumah. Dan berita yang mengembirakan...sedara angkat terlibat dengan satu mesyuarat/persidangan yang melibatkan ramai peserta...dan sudah tempah meja/gerai jualan semasa mesyuarat tersebut.Alhamdulillah...satu berita baik tuuuu...maka jelapang akan membuat jualan pada mesyuarat tersebut dengan bantuan sedara angkat.
Malam selepas makan malam berlaukkan ikan patin(hai tak jemu2..)siap untuk balik ke putrajaya...9.30 mlm bertolak dan sampai putrajaya kul 1.30pg...(tido kejap kat plaza tol karak..ngantuk)..
Jadi...minggu niee...jelapang bz sikit nak siapkan bahan2 utk jualan semasa mesyuarat tersebut pada 25 Julai nanti....itulah yang dikatakan rezeki....
19 Julai 2009...
awal pagi bersiap untuk dapatkan stok tambahan bagi keperluan jualan semasa mesyuart/persidangan tersebut. Banyak lagi persiapan yang dibuat dan balik ke rumah jam 9.00 mlm....letih tak terkira...walaupun penat...tetapi puas hasil usaha sendiri...

Tuesday, July 14, 2009

Seminar pelaburan usahawan pertanian

Salam sejahtera semua...
Pada 13 dan 14 Julai lalu, Pengurus Pemasaran Jelapang, Encik Osman bin Hashim yang lebih glamour dengan panggilan Abang Man telah menyertai Seminar Pelabuaran Usahawan Pertanian bertempat di Wisma Tani, Putrajaya. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani.
Seminar tersebut adalah anjuran Jabatan Pertanian dan Biro Pertanian dan Industri Asas Tani Pergerakan Pemuda UMNO serta mendapat kerjasama Kelab Usahawan Tani Malaysia(KUAT), Dewan Pernigaan dan Perindustrian Melayu Malaysia(DPMM), Peniagawati dan Dewan Usahawan Industri Desa(DUID).
Menurut Abang Man, seminar tersebut amat berfaedah kepada semua peserta dalam mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan pertanian, industri asas tani, taklimat pembiayaan dan dana serta geran pertanian, insentif percukaian dan lain-lain.
Selain itu, seminar ini juga dapat menjalinkan jaringan perniagaan antara sesama peserta.