Monday, September 14, 2009

Panduan menentukan mutu dan ketulenan zeolite

Sebagaimana yang kita ketahui terdapat berbagai-bagai Jenama dan Harga produk zeolite di pasaran. Sebagai pengguna, perlu diketahui bahawa pemilihan zeolite yang bermutu dan berketulenan tinggi adalah AMAT penting dalam menjamin keberkesanan untuk aplikasi samada untuk tumbuhan (agriculture), rawatan air (aquaculture) dan juga ternakan (feedmill).

Ini adalah kerana pilihan zeolite yang kurang bermutu akan menyebabkan kerugian dan kesan sampingan yang kurang baik terhadap penggunaannya.

Perlu diingat bahawa zeolite mempunyai kualiti yang berbeza mengikut kawasan di mana ia diperolehi. Setiap kualiti zeolite akan berbeza bergantung kepada kawasan dan bentuk mukabumi yang diperolehi, cara perlombongan dan kawalan proses pengilangan.

Sebagai pengguna BIJAK, jangan hanya mementingkan harga sahaja tetapi UTAMAKAN mutu agar mendapat kesan optimum untuk jangka pendek dan jangka panjang serta penjimatan yang ketara.

Di sini, kami mengambil inisiatif untuk cuba membantu pengguna menilai sendiri mutu zeolite di pasaran secara kasar agar dapat memilih produk yang betul.

Elemen-Elemen Penting Untuk Menentukan Zeolite Bermutu.

1. SiO2 (Silicone Oxide) dan AL2O3 (Aluminium Trioxide)

Dua elemen ini amat penting kerana ia merangkumi sebahagian besar komponen di dalam zeolite. Elemen-elemen inilah yang membentuk 'honeycomb structure' yang membuatkan zeolite mempunyai keupayaan memegang nutrisi dan air yang tinggi dan seterusnya berupaya meningkatkan kesuburan tanah. Semakin tinggi kandungan (peratusan) elemen-elemen ini, semakin bermutu kualiti zeolite.

KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai peratusan SiO2 dan Al2O3 PALING TINGGI.

2. Na2O (Sodium Oxide)

Sodium Oxide merupakan sejenis garam yang terkandung di dalam komponen zeolite. Kandungan tinggi sodium akan mengakibatkan kehilangan air lebih cepat dan akan memberi kesan yang besar kepada tumbuhan dan ternakan.

KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai peratusan NA2O yang PALING RENDAH

3. Ujian Kekeruhan (Turbidity) dan Warna

Semasa pembentukan zeolite, proses perlombongan dan kawalan produksi kilang, bendasing akan terlibat. Bendasing tersebut termasuklah kandungan tanah liat, kapur dan lain-lain. Peratusan tinggi bendasing akan merangkumi sebahagian produk zeolite dan akan mengurangan zeolite tulen dalam produk itu sendiri.

Bendasing tersebut tidak akan memberi kesan kepada penggunaan untuk tumbuhan, ternakan kolam atau haiwan malah ada sesetengahnya boleh memudaratkan. Pengguna-pengguna juga akan membayar sesuatu yang tidak perlu dan tidak mendatangkan manafaat dan dianggap membazirkan wang.

Ujian kekeruhan (turbidity) dan warna boleh dilakukan sendiri secara ringkas iaitu dengan mencampurkan kuantiti tertentu ke dalam air.

CONTOH:

Ambil 50 gram zeolite dan campurkan ke dalam 500 ml air dan lihat kekeruhan (turbidity) SERTA warna air. Semakin keruh air bermakna semakin banyak tanah liat atau bendasing yang terdapat di dalam produk tersebut. Zeolite asli berwarna hijau terang dan campuran air hendaklah berwarna hijau terang. Terdapat di pasaran berbagai-bagai warna dari keputihan, kehitaman dan hijau pekat. HATI-HATI terhadap produk seperti ini kerana kemungkinan bendasing yang terdapat dalam produk tersebut amat tinggi!

Sila perhatikan gambar untuk rujukan.



KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai kekeruhan PALING RENDAH DAN BERWARNA HIJAU TERANG


Panduan-panduan di atas di harap sedikit sebanyak dapat membantu pengguna-pengguna dalam menentukan mutu produk zeolite yang terdapat di
pasaran.

PERLU DI INGAT UJIAN ANALISA KIMIA MAKMAL ADALAH UJIAN PALING TEPAT UNTUK MENENTUKAN MUTU DAN KETULENAN SATU-SATU PRODUK.

Wednesday, September 9, 2009

Sambungan HPPNK di Melaka

Selamat bertemu kembali....maaf laaa lama tak update...bzzz sikit.. Ok..nak sambung criter sekitar Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan di MITC Melaka.
Alhamdulillah...booth Jelapang mendapat sambutan para pengunjung....dan yang pentingnya...SETELAH SEBULAN BERLALU..Jelapang banyak menerima panggilan serta e-mail daripada para peladang yang telah membeli baja drp Jelapang semasa ekspo di MITC. Jelapang amat bersyukur kerana mendapat MAKLUM BALAS POSITIF drp para peladang yang telah mencuba produk Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori.

Hasil maklum balas dari para peladang juga...maka Insyaallah selepas kita menyambut Aidil Fitri nanti, Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori akan berada di Melaka. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Berbalik kepada sekitar HPPNK hari tuuu....Jelapang juga amat terharu dan bersyukur atas kunjungan TYT Negeri Melaka ke booth Jelapang.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih drp Jelapang khusus buat TYT dan rombongan. Kunjungan tersebut amat bermakna dan bersejarah buat Jelapang....

Kita layannnnnnnnn.....
Jiran-jiran Jelapang yang menggamatkan suasana...jadi tak laaa boring

dekebun...haiii kecoh suasana...tapi meriah...

cik adik manis dr MUNAJAT technology Industries
nubian's goat farm...ada awek cuunnnn...comel betullll...tak tipu....
adik ukarugroup...haiiii gamattt!!!
sesak dengan pengunjung....hehe teringat lorong sempit/senerieh kat alor setar dulu-dulu...lorong antara depan bgunan Dewan Dato Syed Omar nak ke stesen bas lama...nostalgia lama....

Layan pelanggan tuuu.....hai dah letih keer....??

KUNJUNGAN TYT NEGERI MELAKA DAN ROMBONGAN

Penerangan produk oleh Pengurus Pemasaran jelapang
pilih Tan Sri mana yang berkenan....
batuan utk akuarium ikan jadi pilihan...terima lah sebagai cenderahati...ikhlas dr Jelapang....

Demikianlah serba ringkas liputan sepanjang berlangsungnya HPPNK 2009. Jumpa lagi...