Jelapang agak bzzz kebelakangan ini. Maklumlah dapat peluang sertai ekspo sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2009 di MITC, Melaka dari 10 hingga 16 Ogos 2009. Terima kasih tak terhingga Jelapang ucapkan terutama kepada Alpha Megah (Tuan Haji Omar) atas kesudian berkongsi booth dengan beliau. Begitu juga beberapa rakan penternak kepada Permatang Agro Farm iaitu Cik Mimiey(msglobalfarm) dan En Khairol(Azam Best Farm) yang banyak membantu Jelapang menyertai ekspo ini. Tak lupa juga penghargaan kepada jiran-jiran booth yang memeriahkan suasana....terima kasih diucapkan kepada En. Shukor(Dusun Agro)...hmmmm peramah n ceria orangnye...jiran2 dari booth De Kebun, Ukarugroup n Farm Best.
Alhamdulillah...sambutan terhadap produk edaran Jelapang mendapat sambutan daripada pengunjung...walaupun baru hari pertama pameran bermula. Diharapkan keadaan ini akan berterusan dan jumlah pengunjung meningkat. So...kita layannn.....
didatangkan khas dr sg. pancing..untuk lihat perbezaan penggunaan zeolite Bakam Suci Ori dgn yang tidak menggunakan..
Sambil tuuu...bak kata perpatah...sambil menyelam minum air....so...ambil laaa kesempatan melawat pameran yang ada sempena HPPNK tersebut....hmmm menarik...jom layannn...
Di samping tuuu...tak boleh tinggal nyerrr....lawat pamerannn kambinggggg...jom...
Setakat nie dulu liputan dari MITC...lepas niee nak bagi tips tentang penanaman padi untuk kebaikan bersama...so....tungguuuu.......
No comments:
Post a Comment