Tuesday, July 14, 2009

Seminar pelaburan usahawan pertanian

Salam sejahtera semua...
Pada 13 dan 14 Julai lalu, Pengurus Pemasaran Jelapang, Encik Osman bin Hashim yang lebih glamour dengan panggilan Abang Man telah menyertai Seminar Pelabuaran Usahawan Pertanian bertempat di Wisma Tani, Putrajaya. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani.
Seminar tersebut adalah anjuran Jabatan Pertanian dan Biro Pertanian dan Industri Asas Tani Pergerakan Pemuda UMNO serta mendapat kerjasama Kelab Usahawan Tani Malaysia(KUAT), Dewan Pernigaan dan Perindustrian Melayu Malaysia(DPMM), Peniagawati dan Dewan Usahawan Industri Desa(DUID).
Menurut Abang Man, seminar tersebut amat berfaedah kepada semua peserta dalam mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan pertanian, industri asas tani, taklimat pembiayaan dan dana serta geran pertanian, insentif percukaian dan lain-lain.
Selain itu, seminar ini juga dapat menjalinkan jaringan perniagaan antara sesama peserta.

No comments: