Monday, July 20, 2009

Rezeki balik kampung....

Salam semua...agak lama jelapang tak update ruangan nie...Baiklah...kali nie nak cerita tentang rezeki tak diduga masa pengurus jualan jelapang balik kampung angkat sabtu minggu lepas(18 julai 09).
Mulanye tak rancang nak balik coz banyak benda nak buat sebagai persiapan menyertai ekspo kat melaka on 6 hingga 16 Ogos..tetapi tiba2 satu malam..terima panggilan dari keluarga angkat kat temerloh suruh balik makan buah2an yang sedang pesat berbuah...fikir punya fikir...ambil keputusan balik coz masa arwah mak angkat meninggal(dalam 100 hari lepas)..tak dapat balik sbb ada urusan yang sedang diselesaikan...jadi pagi2 sabtu bertolak balik dan ajak rakan2 n family dia org ikut balik tengok kampung...sampai jeeee...selonggok buah rambutan n durian menjadi santapan kami...dah tuuu pegi umah sedara berdekatan sebab dia buat kenduri doa selamat...wow...menunyeee ikan patin masak tempoyak....apa laagiiii...huh tak terkata....
Selepas makan..rehat...sambil tuuu bercerita tentang produk sabun n baja kepada keluarga angkat...tunjuk dengan bukti2 hasil penggunaan baja gunung berapi nie...yang dengar tuuu termasuklah kawan yang ikut balik...so, masa dia nak balik ke KL...diambilnya 5 kilo baja....Alhamdulillah..rezeki...
Dah hantar dia org balik...terus gi taburkan baja yang dibawa ke pokok2 sekitar rumah. Dan berita yang mengembirakan...sedara angkat terlibat dengan satu mesyuarat/persidangan yang melibatkan ramai peserta...dan sudah tempah meja/gerai jualan semasa mesyuarat tersebut.Alhamdulillah...satu berita baik tuuuu...maka jelapang akan membuat jualan pada mesyuarat tersebut dengan bantuan sedara angkat.
Malam selepas makan malam berlaukkan ikan patin(hai tak jemu2..)siap untuk balik ke putrajaya...9.30 mlm bertolak dan sampai putrajaya kul 1.30pg...(tido kejap kat plaza tol karak..ngantuk)..
Jadi...minggu niee...jelapang bz sikit nak siapkan bahan2 utk jualan semasa mesyuarat tersebut pada 25 Julai nanti....itulah yang dikatakan rezeki....
19 Julai 2009...
awal pagi bersiap untuk dapatkan stok tambahan bagi keperluan jualan semasa mesyuart/persidangan tersebut. Banyak lagi persiapan yang dibuat dan balik ke rumah jam 9.00 mlm....letih tak terkira...walaupun penat...tetapi puas hasil usaha sendiri...

Tuesday, July 14, 2009

Seminar pelaburan usahawan pertanian

Salam sejahtera semua...
Pada 13 dan 14 Julai lalu, Pengurus Pemasaran Jelapang, Encik Osman bin Hashim yang lebih glamour dengan panggilan Abang Man telah menyertai Seminar Pelabuaran Usahawan Pertanian bertempat di Wisma Tani, Putrajaya. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani.
Seminar tersebut adalah anjuran Jabatan Pertanian dan Biro Pertanian dan Industri Asas Tani Pergerakan Pemuda UMNO serta mendapat kerjasama Kelab Usahawan Tani Malaysia(KUAT), Dewan Pernigaan dan Perindustrian Melayu Malaysia(DPMM), Peniagawati dan Dewan Usahawan Industri Desa(DUID).
Menurut Abang Man, seminar tersebut amat berfaedah kepada semua peserta dalam mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan pertanian, industri asas tani, taklimat pembiayaan dan dana serta geran pertanian, insentif percukaian dan lain-lain.
Selain itu, seminar ini juga dapat menjalinkan jaringan perniagaan antara sesama peserta.

Monday, July 13, 2009

Rezeki penghujung JUN 2009

Syukur alhamdulillah...usaha jelapang diberkati Allah. Pada 24 Jun 2009 jelapang menghantar tempahan baja ke Linggi dan Gemas. Sebelah petang tuuu, janji dgn pihak lori dari Gemas...jumpa dan terus loading baja dalam lori...
Cuaca agak mendung petang tuuu dan hujan rintik di perjalanan...Alhamdulillah selamat dalam perjalanan dan sampai di Linggi lebih kurang jam 8.30 mlm. Selesai turunkan muatan (sebahagian)...makan mlm dulu di pekan Linggi dan bersurai lebih kurang jam 10.00. Lori meneruskan perjalanan dengan membawa muatan baja sebahagian lagi ke Gemas...jelapang hanya iring setakat Linggi sahaja....proses loadingkusyuk dengar penerangan tentang baja n lava mineralhujan renyai...pasang penutup..Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat dihantar ke destinasi.

Monday, July 6, 2009

PERBEZAAN,BUKTI DAN HASIL

Perbezaan Penggunaan Baja Zeolite Bakan Suci Ori


tidak menggunakan Baja Zeolite Bakam Suci Ori

menggunakan Baja Zeolite Bakam Suci Ori



Bukti-bukti lain
pakis hutan: segar dan menghijau

daun yang berkilat dalam masa 7 hari pembajaan

HASIL KELAPA SAWIT
Kelapa Sawit Yang Tidak Menggunakan Baja Zeolite Bakam Suci Ori

tandan buah sedikit dan buah sawit kelihatan kusam

Kelapa Sawit yang Menggunakan Baja Zeolite Bakam Suci Ori


tandan buah yang banyak dan segar

Thursday, July 2, 2009

PRODUK BARU:Lava Mineral BarTM

SABUN BUATAN TANGAN (HANDMADE) ORGANIK
Golongan yanag memerlukan Lava Mineral BarTM
- remaja dan dewasa yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan kulit kusam
- remaja dan dewasa yang mempunyai masalah kulit gatal
- kulit kering kerana terdedah kepada pendingin hawa
- remaja dan dewasa yang mahukan kulit cantik
- kulit yang terdedah kepada panas terik dan habuk
- golongan yang ingin kelihatan AWET MUDA

Harga Runcit:
RM29.90 (Semenanjung Malaysia)
RM35.00 (Sabah, Sarawak dan WP.Labuan)
HARGA TERMASUK KOS PENGHANTARAN

KEBAIKAN Lava Mineral BarTM
~ sabun buatan tangan(handmade) organik keluaran bumiputera Islam yang dijamin bersih, suci dan halal
~berupaya mengembalikan keremajaan kulit
~ merawat kulit bermasalah secara semulajadi dan berkekalan
~ bertindak lebih cepat dari sabun organik biasa
~ resipi kandungannya diadun dengan bahan-bahan terpilih dan bermutu tinggi untuk memberi kesan secara optima dan berkekalan.

KANDUNAGN dan KHASIAT Lava Mineral BarTM
Mineral lava berkualiti tinggi
~mempunyai cas negatif yang tinggi berfungsi seperti magnet untuk menarik dan mengikat toksin dan bau(bercas positif) untuk membersih permukaan dan liang-liang roma kulit secara lebih efektif dan menyeluruh
~ berupaya mengatur cas-cas di dalam badan untuk melancarkan perjalanan darah
~penggunaan secara berterusan akan membuatkan badan menjadi lebih segar dan sihat
~ kandungan galian mineral yang tinggi dalam mineral lava berupaya meresap jauh ke dalam liang kulit untuk meningkatkan keremajaan kulit dengan lebih cepat
~bertindak sebagai scrub untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati.

Ekstrak Bunga Calendula
~amat terkenal dengan fungsi dan kelebihannya sebagai rawatan kegatalan dan masalah kulit.
~ berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, eczema dan lain-lain.

Minyak Zaitun Dara(Virgin Olive Oil)
~ berkesan untuk meningkatkan kelembapan kulit serta meningkatkan keremajaan kulit dan mengekalkannya secara semulajadi.

Madu
~berfungsi untuk mencantikkan dan menggebukan kulit supaya kelihatan lebih halus dan mulus
~ madu asli terkenal dengan khasiat yang tinggi dalam kandungan vitamin serta asid amino.

CARA PENGGUNAAN
Untuk penggunaan di bahagian muka dan badan:
-buihkan dahulu dengan menggosok sabun di kedua tapak tangan
- sapukan atau ratakan ke seluruh muka/atau badan
- kemudian bilas dengan air.
Penggunaan disyorkan dua kali seminggu(bagi tujuan penjimatan), jika berkemampuan seelok-eloknya dua kali sehari.
Nota:
Kepada mereka yang mempunyai alahan terhadap mana-mana bahan dalam produk Lava Mineral BarTM dan/atau mempunyai masalah kulit yang serius; sila rujuk nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini.