Monday, June 22, 2009

LAWATAN SUSULAN.......

Lawatan susulan oleh Pengurus Pemasaran Jelapang (dua dari kanan) pada 7 Jun 2009 ke sawah milik pelanggan iaitu En. Fisol di Sungai Kering, Yan, Kedah.




Perbincangan..
semoga membuahkan hasil atas usaha yang murni oleh pemilik sawah ini.

BUKTI......kepuasan pelanggan

Percubaan berhasil: Baru sebulan(mula pada penghujung Mei 2009) menggunakan baja gunung berapi Bakam Suci Ori dan hasilnya...penghujung Jun 2009



Kombinasi daun limau purut dan cili api


Daun limau purut yang segar menghijau walaupun di waktu panas terik matahari



Pelepah daun pisang yang menghijau pada anak pokok pisang

Cili api pembuka selera



Senyuman kepuasan pemilik tanaman: Puan Zaheran (Kak Yan) 0174829564

BUKTI KESAN PENGGUNAAN BAJA GUNUNG BERAPI BAKAM SUCI ORI...duiitt


BUKTI HASIL DARI TANAMAN KELAPA SAWIT
Keterangan Kebun Contoh:
Kebun ini hanya menggunakan Baja Gunung Berapi bakam Suci Ori sejak dari bulan Januari 2005 hingga sekarang.
LOKASI KEBUN: Kampung Api-api, Kuala Selangor
KELUASAN KEBUN: 2 ekar +
JUMLAH POKOK KELAPA SAWIT: 127 batang
PEMILIK KEBUN: Encik Azlan TEL: 012 3987303
HASIL BAGI BULAN APRIL 2009: 2260 KG (2.26 TAN)
PURATA PER EKAR: 1.13 TAN/EKAR

BUKTI HASIL DARI TANAMAN PADI
Keterangan Sawah Contoh:
Nama Pemilik: Encik Muhammad Nor
No. Tel: 012 2409906
Keluasan sawah: 1/2 keping (1.5 ekar)
Lokasi Sawah: Sungai Besar, Selangor


Sebelum Penggunaan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori - 2220 KG












Selepas Penggunaan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori - 4550 KG

TIPS UNTUK PENANAM KELAPA SAWIT

Penanam sawit perlu bijak rancang penggunaan baja

BAJA adalah satu komponen penting untuk pertanian. Penanam sawit perlu membekalkan baja yang cukup supaya pokok sawit berupaya mengeluarkan hasil yang maksimum dan memberikan pulangan pendapatan yang tinggi.

Penanam sawit juga perlu memastikan baja sebatian seimbang untuk pokok sawit ada mengandungi nutrien nitrogen (N), fosfat (P), kalium (K), magnesium (Mg) dan boron (B). Penanam sawit dinasihatkan supaya terus membekalkan baja kepada tanaman mereka dengan perancangan yang rapi.

Penanam perlu menggunakan strategi penjimatan dengan membekalkan baja secara berhemah dan cekap kepada tanaman sawit mereka dengan kos yang berpatutan tanpa pembaziran dan tanpa kesan kepada alam sekitar.

Penanam sawit dinasihatkan mengamalkan langkah penjimatan penggunaan baja seperti;
  • Jangan bekalkan baja lebih daripada yang diperlukan oleh pokok. Pembajaan yang mencukupi dan seimbang perlulah mengikut potensi hasil tanaman seperti berikut;
    a) Jumlah baja pula ialah 11-12 kilogram setiap pokok setahun bagi kawasan tanaman sawit yang boleh menghasilkan lebih dari 12 tan buah setiap ekar setahun;
    b) 9 - 10 kilogram setiap pokok bagi yang boleh menghasilkan lebih dari 10 tan buah setiap ekar setahun;
    c) 7 - 8 kilogram setiap pokok bagi yang menghasilkan lebih dari 8 tan buah setiap ekar setahun; dan
    d) Hanya 5 - 6 kilogram setiap pokok setahun bagi yang menghasilkan kurang dari 7 tan buah setiap ekar setahun.
  • Membaja di kawasan akar yang aktif supaya baja yang larut dalam bentuk nutrien mudah diserap oleh pokok dan dapat mengurangkan kehilangan nutrien melalui hakisan, larutresap atau pemeruapan.
  • Pemuliharaan air dan tanah. Tanah perlu sentiasa lembap dan segar dengan hidupan.
    a) Biarkan rumpai lembut seperti pakis dan rumput tumbuh dalam lingkungan 10 peratus hingga 20 peratus untuk menjaga kelembapan tanah dan menurunkan kadar hakisan tanah.
    b) Bina parit ladang mencukupi supaya aliran air terkawal dan limpahan air hujan tidak merentasi ladang dan menghakis tanah.
    c) Kawasan yang beralun dengan kecerunan yang sederhana perlu bina teres dan permatang (ban) untuk mengurangkan kadar hakisan dan membina takungan keladak untuk menyimpan tanah yang terhakis di antara barisan pokok.
  • Tentukan ladang bebas dari rumpai parasit dan pokok renek. Kawasan membaja di sekeliling pokok perlulah bersih.
  • Lakukan sungkupan dan kitaran semula biojisim kelapa sawit seperti susunan pelepah yang betul dan sungkupan tandan kosong dari kilang sawit.

    Untuk tempoh jangka masa panjang, penanam sawit perlu mengamalkan amalan mapan melalui pengurusan ladang yang baik dan penggunaan baja yang mengandungi nutrien seimbang dan mencukupi untuk memastikan produktiviti tinggi sekali gus meningkatkan pendapatan.

    ~dipetik daripada akhbar Berita Harian (Berita Sawit)

Sunday, June 21, 2009

PENGENALAN PRODUK

Baja Gunung Berapi
Bakam Suci Ori
Bentuk Butiran (Granular)
-amat sesuai untuk tanaman ladang seperti kelapa sawit, padi, gaharu, mangga, pisang dan lain-lain.
Fungsi kegunaan:
-memulih dan merawat tanah mati, menyuburkan pokok, memberatkan buah, memaniskan buah serta menambah daya tahan pokok melawan penyakit dan perosak.

Bentuk Batu Kecil
- amat sesuai untuk ternakan air seperti lintah, ketam nipah, ikan keli, talapia, udang, ketutu, puyu dan lain-lain.

Fungsi kegunaan:
- meningkatkan kualiti air, menambah mineral, meningkatkan pH, menyerap racun dari najis air, tanah, dasar kolam dan aktiviti mikroorganisma. Mempercepatkan tumbesaran dan ternakan air akan menjadi lebih aktif dan sihat.


Bentuk Serbuk (Powder)
- amat sesuai untuk ternakan seperti lembu, kambing, ayam, itik dan lain-lain.
Fungsi kegunaan:
- mempercepatkan tumbesaran, meningkatkan berat dan kualiti daging, mengurangkan keracunan dan penyakit, mengurangkan bau najis serta mengefisienkan sistem penghadaman.

Bentuk Ketulan Batu
-dikenali sebagai 'batu ajaib' untuk tanaman orkid atau tumbuhan tumpang(pokok parasit).
Fungsi kegunaan:
- membekal nutrien dan mineral semulajadi serta menjadi media bagi tanaman orkid. Mempercepatkan pertumbuhan dan pembungaan.

Thursday, June 4, 2009

SUKATAN PEMBAJAAN ~ Tanaman Ladang

Tanaman ladang merangkumi tanaman kelapa, getah, tebu, jagung dll. Sukatan pembajaan bagi tanaman ladang ini adalah seperti berikut:

Waktu/Masa ~ Kuantiti
Setiap satu bulan ~ 100kg/ekar

SUKATAN PEMBAJAAN ~ Pokok Buah
Jenis pokok-pokok buah: mangga, limau, betik, pisang, durian, rambutan, koko dll.

Waktu/Masa ~ Kuantiti
Semasa semaian ~ 2 - 3 sudu besar
Pokok buah muda(setiap satu bulan) ~ 500gm/pokok
Pokok buah matang(setiap satu bulan) ~ 1kg/pokok

Wednesday, June 3, 2009

SUKATAN PEMBAJAAN~Tanaman Padi

Padi sesuai ditanam di kawasan bersuhu antara 20 - 33 darjah celsius dengan purata hujan bulanan 200 - 300mm. Padi memerlukan tanah lanar laut yang mempunyai keupayaan penyerapan yang rendah (<0.01m/hari)>Untuk benih yang ditabur, kadar pembajaan adalah seperti berikut:

*HLT ~ Peringkat tanaman ~ Kadar baja (kg/ekar)
- sebelum menabur benih ~ 100~200
15 - 20 ~ selepas menabur benih(selepas air dikeluarkan) ~ 100 - 200
35 - 40 ~ selepas menabur benih ~ 100
55 - 60 ~ selepas menabur benih ~ 100
NOTA: * HLT - Hari lepas tabur


Untuk benih yang disemai, kadar pembajaan adalah seperti berikut:
Bilangan hari ~ Peringkat tanaman ~ kadar baja(kg/ekar)
Sehari selepas semaian ditanam ~ 100

15 - 20 ~ tidak melebihi 3 helai daun ~ 75 - 100
35 - 40 ~ vegitatif ~ 75 - 100
55 - 60 ~ kejadian tangkai ~ 75 ~ 100
80 - 85 ~ bunting ~ 75

SUKATAN PEMBAJAAN ~ Kelapa Sawit

UMUR ANAK BENIH DAN KADAR SUKATAN BAJA
1(BULAN) ~ 7 gm dilarutkan dalam 5 liter air dan disiram setiap minggu untuk 100 anak benih
2(BULAN) ~ 1gm/pokok pada selang seminggu
3 – 4(BULAN) ~ 5gm/pokok pada selang seminggu
5 – 6(BULAN) ~ 10gm/pokok pada selang seminggu
7 – 8(BULAN) ~ 15gm/pokok pada selang seminggu
9 – 10(BULAN) ~ 20gm/pokok pada selang seminggu
11- 12(BULAN) ~ 30gm/pokok pada selang seminggu

UMUR POKOK /Kuantiti Baja disarankan(kg) /Kuantiti Baja minimum(kg)
0 – 5(TAHUN) /1 – 3(kg) /1(kg)
5 – 15(TAHUN) /3 – 4(kg) / 2(kg)
Melebihi 15 tahun /4 (kg) / 3(kg)
Nota:
Cara pembajaan~ tabor keliling pokok pada jarak 4 – 5 kaki dari pangkal pokok untuk 3 – 4 bulan sekali.

FUNGSI BAJA GUNUNG BERAPI

  • ELEMEN BAJA ~ Makro Nutrien dan Mikro Nutrien
  • MINERAL ~ Untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati
  • UDARA/AIR ~ Mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah
  • SILIKA ~ Meningkat keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi
  • MIKROBIOLOGI~ Tanah menjadi subur
  • pH: 6 - 7 ~ Meneutralkan tanah asid dan tanah masam

KELEBIHAN/KEBAIKAN BAJA GUNUNG BERAPI DALAM PERTANIAN:

Mengandungi 'Potassium' yang tinggi, berkeupayaan bertindakbalas dengan Nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah.
Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITY (CEC) yang tinggi membantu mengikat ion-ion seperti ammonia untuk diserap oleh tumbuhan.
Merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH tanah berpanjangan.
Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman terutama kelapa sawit pada tanah liat dan gambut, kelapa, padi, pokok buah-buahan dll.
Menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit.
Memaniskan hasil buah-buahan, serta menambah berat hasil tanaman.
Meningkatkan pH, KTK, N, Ca. Mg dan K dalam tanah.
Meningkatkan efisiensi organik sebagai penyedia unsur (N,K,dll).
Meningkatkan penyerapan air.
Mengendalikan racun dari unsur aluminium.

Jadi.....tunggu apa lagiiiiii.......tukarlah kepada Baja Gunung Berapi

BAJA DAN PERAWAT TANAH - FERTILIZER AND SOIL CONDITIONER
BAJA ORGANIK SEMULAJADI BERMUTU TINGGI
NAMA SAINTIFIK: CLINOPTILOLITE ZEOLITE

APA ITU BAJA GUNUNG BERAPI (Baja Organik)?

BAJA GUNUNG BERAPI adalah merupakan unsur ORGANIK DAN MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi dimana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai agen rawatan tanah dimana BAJA GUNUNG BERAPI ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0). Ianya juga mengandungi Unsur Asas Baja Makro Nutrien dan Mikro Nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun menggalakkan pertumbuhan akar dan untuk penyuburan bunga dan buah. BAJA GUNUNG BERAPI adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia dan binatang dan juga tidakakan menyebabkan keracunan metal di dalam darah.